Tanggungjawab Pengetua/Guru Besar dalam SPS

Pengetua/Guru Besar
6.5.1. Bertanggungjawab terhadap keesahan dan kebolehpercayaan data
dan maklumat sekolah, guru, staf dan murid.
(Tindakan tatatertib boleh dikenakan sekiranya ada pemalsuan
dan manipulasi data).
6.5.2. Memastikan semua Penolong Kanan melaksanakan pengoperasian
data dan maklumat dalam SPS.
6.5.3. Mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah
(JKPMS).
6.5.4. Mengesahkan Laporan Pengesahan sekolah sebelum dihantar ke
PPD.

Tanggungjawab Penolong Kanan dalam SPS 2015

Penolong Kanan
6.6.1. Memantau pengemaskinian dan keesahan segala data sekolah, guru
dan murid oleh guru.
6.6.2. Membimbing dan menasihati guru dan pembantu tadbir dalam
pelaksanaan modul PS, PG dan PM.
6.6.3. Melakukan peranan sebagai pentadbir modul.
6.6.4. Menyemak Laporan Pengesahan sekolah sebelum disahkan oleh
Pengetua/Guru Besar.

Bidang Tugas Pembantu Tadbir dalam SPS 2015

Pembantu Tadbir
6.10.1.Melaksanakan pengisian kehadiran guru.
6.10.2.Melaksanakan pengisian kehadiran murid

Bidang Tugas Guru Kelas dalam SPS

Guru Kelas
6.8.1. Mengemaskini semua data dan maklumat murid yang berada di dalam
kelasnya dari masa ke semasa jika ada berlaku sebarang perubahan
atau pertambahan maklumat kerana modul Pengurusan Murid akan
dibuka sepanjang tahun.Muka Surat | 16
6.8.2. Bertanggungjawab terhadap keesahan dan kebolehpercayaan data
dan maklumat murid di dalam kelasnya. Sebarang manipulasi data
dan maklumat murid di dalam kelasnya adalah di bawah
tanggungjawabnya.
6.8.3. Merekodkan kehadiran murid secara harian bersama-sama dengan
Pembantu Tadbir.

BIDANG TUGAS GURU DATA DALAM SPS

Guru Data / Pembantu Tadbir Perkhidmatan Rintis Data (NBOS)
*Rujuk kepada :
- Garis Panduan Pelaksanaan Rintis Strategi Lautan Biru Kebangsaan -
Pemantapan Profesion Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi
Pembantu Tadbir Perkhidmatan Rintis Data; dan
- Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2007 bagi Guru Data di Sekolah
Menengah dan Rendah
6.7.1. Membantu mengumpul, mengunci masuk data, memproses,
menyimpan, mencetak, menghantar maklumat mengikut kaedah yang
ditetapkan oleh KPM dalam pengurusan data/modul dalamSistem
Pengurusan Sekolah (SPS).
6.7.2. Membantu menyediakan input data/modul berkaitan SPS kepada
JKPMS.
6.7.3. Menjadi Setiausaha kepada JKPMS.
6.7.4. Membantu memastikan keselamatan dan kerahsiaan data sekolah.
6.7.5. Mematuhi aktiviti pengisian data/modul dalam SPS mengikut jadual
yang telah ditetapkan oleh KPM.
6.7.6. Membantu Penolong Kanan dalam pelaksanaan pengurusan data dan
maklumat dalam SPS.

MODUL PENGURUSAN MURID

Modul Pengurusan Murid (PM) merupakan satu pangkalan data murid yang
menyeluruh dan bersepadu. Data PM ini digunakan dipelbagai peringkat
pengurusan dalam perancangan dan pengoperasian serta menghasilkan
laporan dan statistik murid.

Semua data dan maklumat murid terdapat dalam modul Pengurusan Murid
(PM). Ianya bermula seawal murid memasuki Prasekolah hingga Tingkatan 6
atau Kolej Matrikulasi termasuk Murid Berkeperluan Khas. Data asas
kelahiran murid diperoleh dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan
disemak semula melalui Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).

MODUL PENGURUSAN GURU

Modul Pengurusan Guru (PG) merupakan satu pangkalan data guru yang
menyeluruh dan bersepadu. Data ini digunakan di pelbagai peringkat
pengurusan bagi menghasilkan laporan dan statistik guru.
Modul PG ini merupakan data operasi real-time bagi kegunaan perancangan,
penempatan, pelantikan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, pertukaran
dan persaraan guru termasuk data unjuran bagi kegunaan Anggaran Belanja
Mengurus (ABM) Perjawatan.