GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH
1. PENGENALAN
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) merupakan aplikasi yang berfokus kepada sistem
satu pangkalan data tunggal bagi sekolah, guru dan murid di seluruh negara. Ini
bertujuan mengelakkan guru-guru daripada melakukan kemasukan data berulang
dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Pangkalan data SPS ini digunasama oleh pelbagai
sistem yang dibangunkan di KPM pada masa akan datang. SPS merupakan sistem
yang kemasukan datanya hanya pada satu aplikasi sahaja dan data boleh dicapai
oleh aplikasi lain jika berkaitan.
SPS boleh diakses melalui alamat apps4.moe.gov.my/sps bermula pada 1 Januari
2015. Sistem ini tertumpu kepada tiga (3) modul utama iaitu Pengurusan Sekolah,
Pengurusan Guru dan Pengurusan Murid.
SPS merupakan sumber data Dashboard KPM bagi proses menganalisis, membuat
perancangan, perbandingan dan mengenalpasti trend dalam pelaksanaan Dasar
Pendidikan Negara. Dashboard ini digunakan sebagai Executive Information System
yang dapat membantu pihak pengurusan tertinggi KPM dalam memantau prestasi
program pendidikan, mengenalpasti peluang dan masalah serta membuat
keputusan.